Feeds:
Posts
Comments

Sultan Muhammad Al-Fateh

Bismillah…

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq;

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan mempunyai rakyat yang baik……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman  Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin   menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Bismillah…

Aku plan dengan cita-cita, Allah plan dengan cintaNYA. Siapa aku untuk menolak qada’  dan qadarnya…

Dalam aku melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat sehingga kita terduduk menangis…peritnya terasa…

hidup ini
penuh dengan kegembiraan bersulam kedukaan
penuh dengan kepura-puraan
tapi…
semuanya indah
terlalu indah untuk diungkapkan
menjadi satu untaian kata-kata
tapi itulah hakikt sebenarnya hidup ini
adakalanya manusia
terlalu tinggi di puncak
dan sampai suatu ketika
goyah dan terjunam ke bawah
menjadi makhluk kerdil
sekerdil semut di bawah

hidup in bagaikan roda
berputar mengikut arus masa
adakalanya..
laju meluncur di landasannya
sampai suatu ketika…perlahan
mengikut rentak kehidupan
kehidupan yang penuh cabaran
cabaran yang mengingatkan kita
pada masa depan

aku…
perlu teruskan hidup ini
untuk menjadika suasana hidup ini
lebih indah
seindah yang aku inginkan…
tapi..
mesti ingat
dalam mengejar impian
pengorbanan diperlukan
pengorbanan yang menjanjikan kemanisan
kemanisan yang dirasai nikmatnya
terlalu indah untuk dijelaskan

Terutama sekali bagi mereka yg dipandang ‘hebat’ dimata manusia lain. Maka Allah akan sengaja menciptakan ujian2 kecil atau besar (mslh keluarga,pelajaran,rakan-rakan tidak memahami,amanah2 yg ditaklifkan dsb) supaya hambaNya itu kembali menangis,tunduk,duduk,sujud merendah diri kepada Allah. Diharapkan dengan ujian2 tersebut.. hamba Allah itu akan dijauhkan dari segala masalah hati.. ‘ujub,riak,takabbur dsb.(wal ‘iyazubilLaahi min zaalik)…LA TAI ASUU MIR RAUHILLAH
(surah Yusuf:87)..

Tuhanku…
Dengarlah bicara hati ini
dari aku insan tersisih
Di lautan penuh noda dan dosa
Demi mencari kasihMu

Tenangkanlah  jiwa ini

Didiklah hati ini

Cekalkan semangatku seperti mana berkobarnya semangat Khalid Al-Walid….

wassalam…

:. Extrovert & Introvert.:

Bismillah…

Ekstrovert ialah orang yang berminat terhadap hal yang berlaku sekitarnya, berfikiran terbuka, dan suka bergaul. Dia menunjukkan sikap ramah, lancar dalam pergaulan, berkeyakinan, mudah mesra, gembira, dan tidak pentingkan diri sendiri.

Remaja yang tergolong dalam sifat ini memiliki kualiti hidup yang baik dengan sentiasa mengutamakan nilai yang baik dan menghargai diri sendiri. Di dalam diri terdapat semangat ingin melakukan kebaikan tanpa perlu diingatkan berulang kali oleh individu lain.

Remaja yang bersikap ekstrovert juga mempunyai pemikiran dan daya imaginasi yang baik. Dia meletakan matlamat hidup pada kedudukan yang tinggi sebagai satu motivasi untuk berusaha mencapainya. Cabaran yang dihadapi dianggap sebagai rutin hidup yang menggembirakan.

Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai sifat berdikari. Dia yakin membawa diri untuk meletakkan dirinya lebih dewasa, dan mampu untuk melaksanakan sebahagian daripada tanggungjawab dalam masyarakat.

Golongan ini lebih berminat untuk bercampur gaul dengan mereka berusia lebih tua. Melalui pergaulan itu membolehkan mereka mengutip pengalaman yang berguna. Hal ini dapat meningkatkan lagi motovasi dan keyakinan diri.

Dengan sifat ekstrovert memudahkan seseorang itu menikmati hidup dengan penuh makna. Biarpun ada apa yang diusahakan tidak tercapai, perjuangan tetap diteruskan. Apa yang penting bagi mereka bukan semestinya sampai di destinasi, tetapi apa yang telah dilakukan sepanjang pengalaman menuju destinasi.

Introvert pula lebih suka memusatkan perhatiannya kepada fikiran dan perasaannya sendiri. Orang bersifat introvert selalu menunjukkan sifat mementingkan diri sendiri, egois, syok sendiri, terbatas pergaulan, pediam, tiada keyakinan diri, pemarah dan singkat akal.

Diperhatikan bahawa individu bersifat introvert tidak mementingkan maruah, biarpun mereka mementingkan diri sendiri. Apa yang dilakukan lebih kepada melayan kehendak sendiri tanpa memikirkan kenyataannya. Dia lebih mementingkan kebebasan untuk memilih menentukan sendiri apa yang ingin dilakukan.

Dalam hal ini, pandangan orang lain biasanya tidak lagi diperdulikan. Hidup yang dilalui hanya terbatas kepada apa yang sedangkan dilakukan, tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang. Nasihat ibu bapa dianggap menyekat kebebasan, dan seperti melayan mereka masih budak kecil.

Mereka yang bersifat introvert tidak ada perancangan hidup. Apa yang dilakukan hari ini adalah untuk hari ini. Sebab itu golongan ini mudah terpengaruh dengan aktiviti bersuka-suka, memuaskan keinginan, membazirkan masa, serta bertindak mengikut kata hati tanpa berfikir kesannya.

Kadang-kadang golongan ini sedar kesalahan yang dilakukan, tetapi tidak berusaha untuk berubah. Mereka sentiasa merasa rendah diri dan tidak berkemampuan berbanding orang lain.

Biasanya mereka menganggap kejayaan hanya menjadi milik orang lain. Sekiranya diberitahu mereka juga dapat berjaya sepertimana orang lain, hal itu dikatakan satu perkara yang mustahil, sedangkan mereka belum berusaha melakukan apa-apa lagi.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sekian lama entry ini terabai baru hari ini diberikan peluang untuk menyambungnya kembali setelah hampir sebulan tersimpan dlm “draft”.

Ekstrovert or introvert? Mana satukah sifat anda?

Berdasarkan penerangan di atas kedua-dua sifat ada ‘advantages and disadvantages’. Terlalu ramah orang katakan kita “wartawan” tetapi terlalu senyap dikatakan “kera sumbang”. Judgement yang diberikan membuat kita kurang percaya diri dan mencari identiti. Pandangan orang lain perlu tetapi kalau terlalu difikirkan mungkin akan menjadi cancer mengacau pemikiran kita. So ambil yang positif dan cuba perbaiki yang negatif. In’Allah.

Entry faqih bertajuk “dua perkataan baru” menarik perhatian sy. Menurutnya sifat ekstrovert diperlukan untuk berdakwah tetapi perlu juga berhati-hati supaya tidak terlebih batas. Bagaimana pula dengan introvert? Pada sy sifat ini pun penting kerana terkadang kita memerlukan ruang untuk beadaptasi dengan diri sendiri di samping cuba sesuaikan dengan keadaan.

Bagi diri sy pula melalui ujian personaliti yang diambil di internet, sy 65% ekstrovert dan 35% introvert. So disini sy dapat lihat bahawa sebenernya kedua-dua sifat ini ada dalam diri setiap individu cuma bezanya sifat mane yang lebih dominant. Mudah-mudahan sifat ini memberi banyak manfaat daripada keudaratan kepada diri sy sendiri dan anda semua.

-Wassalam-


This post is password protected. To view it please enter your password below:


Bismillah…

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meraikan aidiladha dan menghayati erti pengorbanan…pejam celik, tido bangun esok dh raye haji. Tahun ini rayeku tanpa ayah…sy beraya bersama opah di Ipoh dan adik…Ayah sunyi tak along tak de?mesti sunyikan…mane ade orang tua yang nak anaknye jauh dari dy….

Aidladha…Di Malaysia ktenye aidiladha meriah di pantai timur (kelantan n terengganu)…betul ke?rasenya kurang tepat b’coz tempat lain pun meriah juga dengan ibadah korban dan yang sewaktu dengannya.Cuma mungkin dari segi persiapan menyambut raye different…tadi pak lang ade cerita yang cutinye tidak diapprove dengan alasan celebration kat cni tidak same dengan orang kelantan and so on so cuti hanya diberikan kepada bomba dari kelanatan…adil ke? macam x kn coz sume muslim menyambut raye haji dan di ini pun ade perayaan dan juga qorban..haisy adibah…cam assobiyah plak….relax gurl..cool…

Lain pulak intro sy yerk…Nk cte pasal perhimpunan agung tp mcm nk lahirkan semangat kenegerian or pantai barat vs pantai timur…ape daaaa..

Aidiladha di bulan zulkaedh sangat sinonim dengan ibadah haji dan merupakan perhimpunan agung umat Islam. Pnggilan haji telah tiba bagi muslim yang berkemampuan dari segala aspek..

Labbaikallahumma Labbaika
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaika
Innalhamda Wal Ni’mata
Laka Wal Mulk Laa Syarikalaka

Pergi haji
Ertinya menuju Allah yang esa
Membawa hati dan diri yang hina
Memberi hadiah kepada Allah
Berhati-hatilah menghadapNya

Setiap hamba
Pergi haji dengan segala yang baik
Hati yang baik akhlak yang baik
Harta yang halal hati yang bersih
Niat yang suci amal mulia

Pergi haji
Ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tepat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sia-sia

Tata tertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dengan tenang serta tawadu’
Sabar dan tolak ansur mestilah ada
Jangan berkasar merempuh manusia

Tanah haram jagalah pantang larangnya
Pergi haji bukannya masa untuk membeli belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima

Jagalah pantang larangNya
Yang boleh rusakkan hati
Jauhkan maksiat dan yang sia-sia
Takutkan Allah yang esa
Ingat selalu padaNya
Agar kita senantiasa memiliki jiwa hamba

Bebrapa hari lepas semasa berada di Ansar, sy terbaca tentang ‘hajarul aswad’ di dalam solusi.Bertambah lagi pengetahuan dalam diri yang serba kekurangan ini. Alhmdilillah. Semasa melawat ke muzium Islam sekali lagi info dikutip di ’special galleri’ apabila pihak muzium mengajurkan pameran “menuju ke Mekah”.

Hajarul Aswad

Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama – kelamaan menjadi hitam sebab disentuh oleh orang – orang musyrik.

Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :” Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam ” . Riwayat Ahmad dan Turmizi

Hajarul Aswad adalah sepotong batu yang berasal dari syurga. Warna asalnya adalah lebih putih daripada susu. Dikatakan ia menjadi hitam kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya. Pelbagai peristiwa sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam lingkungan perak. Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya ke atas kepingan itu. Mencium Hajarul Aswad adalah sunnah, tetapi menyakiti orang lain atau menyakiti diri sendiri adalah terlarang. Oleh sebab itu, dalam hal mencium Hajarul Aswad ini kita tidak boleh terlalu memaksakan diri dalam keadaan yang penuh sesak terutama bagi kaum wanita. Selain membahayakan tubuh badan, ianya selalu mendatangkan perlengkaran atau melanggar aturan hubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak halal.

Ada juga diriwayatkan, bahawa Ummul Mukminin `Aaisyah رضي الله عنها berkata kepada seorang perempuan: Janganlah engkau berasak-asak di Hajarul Aswad, kalau engkau lihat kosong maka beristilamlah, dan kalau engkau lihat penuh sesak dengan manusia maka bertakbirlah dan bacalah ” لاإله إلا الله ” apabila engkau sejajar dengannya dan janganlah menyakiti seseorang. (Lihat Fiqh Sunnah jilid I hal. 595). Golongan wanita hendaklah menjauhkan diri dari berhias dan memakai bau-bauan dan sebolih-bolihnya hendaklah elakkan diri berasak –asak dengan kaum lelaki kerana ini bolih menimbulkan fitnah lebih-lebih lagi berada ditempat yang suci. Hadis Saidina Umar bin al-Khattab r.a: Saidina Umar bin al-Khattab r.a pernah mengucup Hajarul Aswad. Kemudian dia berkata: Demi Allah! Aku tahu kamu hanyalah seketul batu. Sekiranya aku tidak melihat sendiri Rasulullah s.a.w mengucupmu, pasti aku tidak akan mengucupmu.

Sempena Aidiladha:

Selamat Hari Raya Aidiladha

Maaf  Zahir & Batin

Wassalam…

Perempuan itu, Lelaki ini

Bismillah…

Isu lelaki dan wanita semakin hangat dibahaskan hari demi hari. Terkadang topik ini dipandang dari sudut negatif dan terkadang dilayarkan di depan mata tentang unsur-unsur positif (betul ke?).Hujan renyai-renyai yang membasahi bumi tidak ketinggalan dengan pelbagai diskusi yang berkaitan dengan ilusi, imaginasi dan hati.Complicated sebentar kotak pemikiran bila diasak dengan hujanan idea serta bantuan pendapat dari seorang sahabat. Di manakah posisiku? Perempuan itu atau lelaki ini? Pening dan tak terjangkau dek akal untuk mengadili atau berpendapat dalam soal ilusi dan fantasi ini.

” Wahai umat manusia! sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam PengetahuanNya.” (Surah al-Hujarat: 13)

Di sini saya hendak selitkan sedikt mengenai peranan dua jantina yang berbeza yang telah diciptakan Allah di muka bumi ini. Kita diciptakan bukan untk sia-sia tetapi ade tanggungjawab yang telah menati untuk kita galas dan laksanakan dengan sebaiknya.

Sebagai seorang lelaki:

“Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah.” (R. Muslim)

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. (Surah an-Nisa’”: 34)

“Sesungguhnya seorang wanita itu diumpamakan seperti tulang rusuk yang bengkok. Apabila engkau berkeras (hendak meluruskannya),
ia akan patah, dan
sekiranya engkau membiarkannya, maka ia akan terus bengkok.
” (R. Muslim)

Di sini ingin saya kongsikan article yang saya jumpa mengenai perumpamaan wanita seperti tulang rusuk…

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang russukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi ,aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun,terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata, apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan,di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam…..
Mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam…..
Marahkah kau jika kukatakan andainya Haawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar
kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi MUhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam….
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku…akalku satu nafsuku beribu.
Dari itu Adam….
pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan …….

Sebagai seorang wanita:

Wanita mempunyai kuasa besar. Kalau wanita beragama, maka agama akan tersebar ke seluruh manusia. Wanita diperbuat daripada tulang rusuk kiri. Tulang ini dekat dengan hati – wanita sangat mudah untuk mempengaruhi lelaki. Sebab itulah musuh Islam menggunakan wanita untuk rosakkan Islam – mereka merosakkan wanita-wanita Islam.

Wanita mempunyai tanggungjawab yang besar. Wanita lebih ramai di dunia ini – wanita adalah 2/3 dari penduduk dunia. Kalau wanita beragama bermakna 2/3 dunia beragama. Walaupun tiada nabi wanita, tetapi setiap nabi AS lahir daripada wanita. Ada nabi AS tiada bapa tapi (selain nabi Adam AS) tiada yang tiada ibu. Wanitalah yang memberi dorongan dan didikan. Anak-anak dibentuk oleh ibu.

Madah buatmu Muslimah:

Seorang Muslimah itu…
Yang lembut fitrah tercipta,
Halus kulit, manis tuturnya,
Lentur hati, telus wajahnya,
Setelus rasa membisik di jiwa,
Di matanya cahaya, dalamnya ada air,
Sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka,
Ceritera hidupnya …

Seorang Muslimah itu…
Hatinya penuh manja,
Penuh kasih sayang semuanya,
Cinta untuk diberi, kasih untuk dirasa,
Namun manjanya bukan untuk semua,
Bukan lemah, atau kelemahan dunia…
Ia bisa kuat,
Bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong,
Pahlawan-pahlawan dunia,begitu unik tercipta,
Lembutnya bukan lemah,
Tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah…

Seorang Muslimah itu …
Teman yang setia,
Buat Adam dialah Hawa,
Tetap di sini, dari indahnya Jannah,
Hatta ke medan dunia,
Hingga kembali mengecap nikmat-Nya…

Seorang Muslimah itu…
Bisa set
eguh Khadijah, yang suci hatinya,
Tabah dan tenang sikapnya, teman ar-Rasul,
Pengubat duka dan laranya…
Bijaksana ia,
Menyimpan lmu, si teman bicara,
Dialah Aishah, penyeri taman Rasulullah,
Dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama,
Kalamullah…

Seorang Muslimah itu…
Bisa setabah Maryam,
Meski dicaci meski dikeji,
Itu hanya cerca manusia,
Namun sucinya Allah memuji ,
Seperti Fatimah kudusnya,
Meniti hidup seadanya,
Puteri Rasulullah, kesayangan ayahanda,
Suaminya si panglima agama,
Di belakangnya dialah pelita…

Penegak agama dan penjulang fikrah,
Cahaya penerang segenap rumahnya,
Ummi tersayang cucunda Baginda…
Bisa dia segagah Nailah,
Dengan dua tangan tegar melindung Khalifah,
Meski akhirnya bermandi darah,
Meski akhirnya Khalifah rebah,
Syahid menyahut panggilan Allah…

Seorang Muslimah itu…
Perlu ada yang membela,
Agar ia terdidik jiwa,
Agar ia terpelihara dengan cinta Rabbnya,
Dengan rindu Rasulnya, dengan yakin Deennya,
Dengan teguh aqidahnya,
Dengan utuh cinta yang terutama, Allah dan juga Rasul-Nya,
Dalam ketaatan penuh setia…
Pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga dan ummahnya…

Seorang Muslimah itu…
Melenturnya perlu kasih sayang,
Membentuknya perlu kebijaksanaan,
Kesabaran dan kemaafan,
Keyakinan dan penghargaan,
Tanpa jemu dan tanpa bosan,
Memimpin tangan, menunjuk jalan…

Seorang Muslimah itu…
Yang hidup di alaf ini, Muslimah akhir zaman,
Era hidup perlu berdikari…
Dirinya terancam dek fitnah,
Sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah,
Tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya,
Kerana dihambur ucapkata nista, Hanya kerana dunia memperdaya…

Kerana seorang Muslimah itu,
Yang hidup di zaman ini,
Perlu teguh kakinya,
Mantap iman mengunci jiwanya,
Dari lemah dan kalah,
Dalam pertarungan yang lama…
Dari rebah dan salah,
Dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
Dalam perjuangan menggapai cinta,
Nikmat hakiki seorang hamba,
Dari Allah yang menciptakan,
Dari Allah yang mengurniakan,
Seorang akhawat itu,
Anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang Muslimah itu…
Tinggallah di dunia, sebagai da’ieah dan mujahidah,
Pejuang ummah, anak ummi dan ayah,
Muslimah yang solehah, kelak jadi ibu,
Membentuk anak-anak ummah,
Rumahnya taman ilmu, taman budi dan ma’rifatullah…

Seorang Muslimah itu…
Moga akan pulang,
Dalam cinta dan dalam sayang,
Redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan…

Seorang Muslimah itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
Merahmati dan merestui,
Perjalanan seorang Muslimah itu…
Menuju cinta-Nya yang ABADI…
Amin….

“kekayaan yg paling kaya ialah AKAL,kemiskinan yg paling besar ialah JAHIL,keburukan yg paling hodoh ialah SESAT.”

“Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,jika diri sendiri tak seindah SULAIMAN,mengapa mengharap teman setampan YUSUF,jika kasih tak setulus ZULAIKHA,tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,jika tak sekuat SARAH,mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.”

“Tak guna Ada MATA kalau tak dpt MELIHAT.Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI.’

Wassalam…

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Bulan-bulan Islam

Bismillah…

Hurm…search punya search akhirnye terjumpa link nie…Pada saya dia membantu bagi sesiapa yang masih tercari-cari tarikh lahir di dalam bulan islam. Sila click untuk mengetahui tarikh lahir anda berdasarkan bulah hijrah.

download_button

Then bila dh sure cuba bce personality anda berdasarkan bulan-bulan ini dan analyse berdasarkan diri anda sendiri.

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadiorang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yangsuka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras danmudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannyalemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya.Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masadewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebalikknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hatidan kurang pertimbangan.

::Tarikh Lahir::

Bismillah…

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasan dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap B***h dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman.

Wassalam…

Older Posts »